* * * * * * * * * * * * * * *
28 JULAI
PUSAT SERANTAU PENDIDIKAN KHAS SEAMEO DIJANGKA BERMULA 2013
Kementerian Pelajaran telah diberi pengiktirafan untuk mewujudkan pusat pendidikan khas untuk rantau ini di bawah Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO).
Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin berkata pusat di Nilai, Negeri Sembilan itu akan beroperasi pada 2013 dan berperanan sebagai pusat serantau kepada semua 13 negara anggota majlis itu untuk membuat penyelidikan dan latihan pendidikan untuk pelajar istimewa.
Persetujuan mengenai penubuhan pusat itu dicapai pada persidangan SEAMEO ke-45 di Cebu, Filipina, awal tahun ini yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.
Bong berkata setakat ini terdapat 1,630 sekolah rendah dan menengah biasa di seluruh negara yang terbabit dalam program pendidikan khas untuk 43,161 pelajar istimewa.

SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN DITERUSKAN SELAGI TIADA CADANGAN SEPAKAT SEMUA KAUM
Kerajaan akan terus berpegang kepada sistem persekolahan pelbagai aliran selagi tiada sebarang cadangan baru yang disepakati oleh semua kaum.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Kementerian Pelajaran tidak bercadang untuk mengadakan persidangan meja bulat bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Negara.
Dr Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menambahbaik kurikulum di sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan selaras dengan matlamat meningkatkan perpaduan kaum.
Beliau turut menegaskan bahawa isu polarisasi kaum yang berlaku di negara ini bukan disebabkan oleh sistem persekolahan pelbagai aliran.
* * * * * * * * * * * * * * *
28 JULAI
DASAR MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PASTIKAN IA JADI PILIHAN UTAMA
Kementerian Pelajaran memperkenalkan Dasar Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) untuk memastikan sekolah itu kekal sebagai sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelbagai strategi jangka panjang telah dirancang untuk menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dari semua segi seperti prasarana, disiplin dan keselamatan murid, pencapaian kokurikulum dan sukan, penguasaan ICT, kualiti guru dan kepimpinan sekolah.
Antara strategi yang telah diambil bagi memperkasakan SK adalah dengan menambah bilangan kelas prasekolah, memperluas program j-QAF, membudayakan Sukan untuk Semua (SUS) untuk menggalakkan murid bersukan secara aktif, memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil di SK terpilih dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan asas mencukupi dan berkualiti.
* * * * * * * * * * * * * * *